1.Pokok buluh duri yang selalunya digunakan untuk membuat wau. |
2.Buluh terlebih dahulu dipilih bagi mendapatkan yang sederhana tuanya supaya ianya tidak mudah patah. |
3.Buluh terlebih dahulu diukur dengan ukuran seperti yang dikehendaki sebelum ianya dipotong. |
4.Buluh dipotong mengikut ukuran yang dipilih untuk dibuat sayap, tulang belakang dan bahagian-bahagian yang lain. |
5.Kemahiran membelah buluh cara lama yang selalunya dilakukan oleh pembuat wau yang mahir dan berpengalaman. |
6.Buluh dibelah dengan teliti supaya sama besar dan mudah diraut. |
7.Belahan buluh diasingkan megikut keperluan sama ada untuk dibuat sayap atau tulang belakang. |
8.Belahan buluh seterusnya dicuci daripada buku buluh. |
9.Bahagian tulang belakang dibelah mengikut ukuran yang dikehendaki dan bersesuaian dengan sayap. |
10.Penyediaan tulang belakang supaya lebih sempurna antara bahagian kepala dan bahagian ekor |
11.Bahagian sayap mestilah sama panjang antara kiri dan kanan |
12.Buluh sayap yang telah diraut terlebih dahulu diukur menjadi dua bahagian sama panjang. |
13.Bahagian sayap mula diraut dengan pisau yang tajam bagi mendapatkan bilah buluh yang lebih halus dan mudah diliut. |
14.Dari semasa ke semasa bahagian sayap diliut-liut untuk mendapatkan bentuk yang sempurna. |
15.Bahagian sayap yang telah siap diraut di timbang dengan jari atau mata pisau supaya sama timbang di antara kiri dan kanan. |
16.Bilah buluh di bahagian ekor juga diliut-liut sebelum ianya diikat bersama dengan tulang belakang. |
17.Bilah buluh di bahagian ekor dibentuk bersama-sama dengan tulang
belakang terlebih dahulu sebelum ianya diikat dengan benang atau tali. |
18.Penyediaan dan ikatan bahagian sayap dengan bahagian ekor. |
19.Cara membuat ikatan untuk bahagian-bahagian rangka wau. |
20.Bahagian ekor diliut dan dibentuk supaya sama lekok seperti yang dikehendaki. |
21.Bahagian rangka wau bulan yang hampir siap. |
22.Kerja-kerja mengikat rangka wau bulan iaitu bahagian sayap, tulang belakang dan bahagian ekor. |
23.Rangka wau kucing yang telah siap. |
24.Kerja-kerja meraut daun ibus untuk dibuat dengung atau busur wau. |
25.Inas, iaitu bahagian hujung dengung wau yang digunakan untuk
mengikat dan menarik daun ibus supaya menjadi tegang bagi mendapatkan
bunyi yang baik dan nyaring.
|
26.Beberapa bilah busur (dengung) wau yang telah siap. Biasanya busur ini akan dilekatkan di bahagian leher wau. |
27.Wau ditimbang terlebih dahulu sebelum dinaikkan supaya bahagian
kepala dan sayap menjadi sama timbang. Ini bagi mengelakkan daripada wau
menjadi berpusing.
|
28.Penyediaan teraju wau (benang yang diikat pada bahagian leher dan
pinggang wau) yang sempurna adalah penting sebelum sesebuah wau itu
diterbangkan. Ini akan mempengaruhi kedudukkan wau supaya terbang dengan
baik. |
29.Wau bulan dan wau kucing yang telah siap diikat dengan teraju. |
30.Menaikkan wau mestilah dalam keadaan yang bertentangan dengan arah tiupan angin dan wau mestilah dalam keadaan tegak.
|
31.Wau mula diterbangkan ke udara. |
32.Imbangan sayap, ekor dan teraju wau akan menjadi sesebuah wau itu terbang dengan sempurna dan terapung-apung di udara. |
33.Di antara peralatan-peralatan yang digunakan untuk membuat wau. |